Sunday, February 13, 2011

Tersedar

Selepas dikejutkan dengan berita kematian arwah ayah aku sebelum ini, barulah aku tersedar akan sesuatu yang agak penting dalam hidup aku. Perkara yang baru saje tersedar tu ialah berkenaan teman kawan dan rakan2. Berita Kematian sememangnye sunguh sedih dan memberi kesan yang sangt besar dalam diri aku. Dengan sokongan ramai kawan aku sedikit sebanyak telah terubat dengan semangat yang kawan2 aku telah salurkan pada hari kejadian mengejut tersebut.Terima kasih banyak2

Selain itu, perkara tersebut juga telah betul2 menyedarkan aku terhadap seuatu perkara. Perkara yang sangat penting. Penting kerana perkara tersebut dulu telah mempengaruhi aku dan kini aku telah pon tersedar betapa bodohnya aku dulu , aku begitu menyesal dalam hidup aku! Namun sesalan hanyelah berakhir dengan sia-sia kerana tiada ape yang dapat berpatah balik. Sekarang aku cuma perlu berhati-hati dan menganggap nye sebagai pengajaran terpenting dalam hiidup aku.

Pertama :
Perkara tersebut adalah KAWAN, atau Rakan ataupun teman. Aku sangat menyesal kerana rakan yang sepatutnya lebih dari faham situasi terkejut yg telah menimpa aku pada masa itu, namun berlaku sebaliknye. Aku diminta pula mendengar situasi dia yang nak dibandingkan dengan keadaan aku ketika itu langsung tidak stabil. HAMPA sahaja aku dapat pendamkan. Hampa sangat terguris hati aku. Bercalar-balar hancur remuk. Dan lagi mengecewakan ..'kawaan aku' ketika itu pada aku dia tidak bertindak dan berfikir sacara waras, malah boleh pula meminta sesuatu mengikut permintaan dia yang tidak mgkn akan terjadi dan tidak akan aku libatkan diri!!! Aku BENCI sangat BENCI meluat dan sangat2 Menyesal untuk kenal dia....AKu boleh maafkan dia tp aku x boleh maafkan diri aku kerana berkawn dengan dia dulu dan mengikut2 kehendak kwn yang x munasabah!!!! note to self : Ko lah dosa aku..aku perlu elak ko!

Kedua:
Kemungkinan ekspresi wajah dan gerak geri aku adakalanya menyembunyikan segala seribu pendaman perasaan. Jujur sememangnya aku selalu sorokkan perasaan aku. Namun, ketika itu situasinya sungguh jelas, 1 peristiwa yang xkkan dilupakan oleh aku sama sekali telah berlaku. Sewajibnya mereka faham keadaan itu, Namun mereka seolah2 melarang aku utk mempunyai perasaan dan membangkit2 kan betapa kuatnye aku. Hanya di sms dan di fb berkata .."aku sentiasa berada bersame ko" "aku boleh dengar masalah ko", tapi apabila aku ingin bersuara melepaskan sebak ape yang diresponkan adalah hanya untuk mereka bukan untuk aku, mereka mula pula cerita perihal pengalaman mereka. Ketika itu, aku bukannya nak dengar ape yang mereka alami. aku cuma mahukan nasihat.
jikalau mereka mahu bercerita tentang perihal mereka ketika aku tidak mengalami ape2, memang seluas2 hati aku terbentang untuk mendengar pengalaman dan cerita mereka! Namun ape yg lebih terok, apabila mereka buat2 tak tahu dan buat biasa..Aku ingin ingatkan tiada ape yang biasa dengan kematian walaupun setiap hari kita dengar. Sepatutnya mereka beri aku mase untuk sembuh. Pada aku mereka hanya berkate berikan aku ruang dan mase..walhal kurasekan mereka telah lupakan aku sementara. mungkin bukan semua yg berbuat demikian.
Jikalau aku bersedih dan murung..mungkin mereka akan kate ape yang lepas biarlah lepas. bermulah semula, inilah yang aku cuba untuk mereka. aku ingatkan mereka xdelah beri pertolongan ape sangat dalam memberi sokongan malah ianya berlaku seolah-olah sekejap saje.

di sini, aku telah belajar sesuatu yang sgt penting!!....kite perlu pentingkan diri dahulu...
diri kite perlu dijage..kalau kita jage orang dan org itu pun saling jage kita xpe...tp kalau kite mula jaga(ambil berat) tapi orang itu tidak balas sedikit pon...lupakanlah orang seperti itu...buanglaa orang tu jauhhh2!!!!
dan hidup sperti biase.

No comments: