Monday, January 10, 2011

Death(alfatihah buat abah)

Assalamualaikum,

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai di Hari Pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Sem ke 2 di Uitm Dungun kali ni memang cabaran yang sungguh besar sekali tuk aku. Belum cukup sebulan saje pon macam2 dugaan dah aku lalui..

hari ni dah berape kali dah aku ulang alik dari rumah aku yang bukan dekat...malah mengambil mase 8 jam tuk sampai ke rumah aku..Pada mulanya 6 hb jan 2011 aku dikejutkan dengan berita yang sangat merisaukan. Tarikh ni Arwah ayah aku disahkan masuk ke ICU di HBTAR klang. Aku sememangnya terus je balik..ikut sedare aku yang kebetulan menetap di terengganu. Sampai je di Klang tempat kelahiran aku dalam pukul 6.30pm terus aku masuk ke wad. Pelawat lain seakan2 faham dan memberi peluang aku untuk terus masuk ke wad ICU. Di ICU kebenaran untuk 2 orang saje setiap kali datang melawat. Even pewaris pun tidak dibenarkan masuk menjagepesakit...oleh itu mase melawat saje lah baru boleh masuk wad tu.

Secare jujur aku seorang bukanlah yang begitu lembut hatinya. Namun di wad 7b ICU setelah menatap keadaan ayah aku, air mata tak dapat ditahan lagi(x sangka)....memang teruk keadaan ayah aku ketika itu. doktor mengesahkan bahawa ayah aku dalam 'Infarction' iaitu sebahagian minor otak telah rosak. kemungkinan sebahagian ingatan ayah aku hilang.. dan kondisi fizikal ayah aku sangat2lah lemah dan sungguh kasihan apabila melihat ... Terdapat 8 jenis ubat bawah jagaan rapi diberi oleh dktor pakar ....dan lehernya bertebok untuk menyumbatkan saluran susu yang menjadi diet harian ayah aku yang dalam keadaan suku sedar.

Selepas lebih seminggu menunggu ayah aku untuk semakin pulih akhirnya, arwah ayah aku pun sedar celikkan mata setelah lame tertidor akibat ubat2 yg di masukkan. Ketika itu, seperti terdapat harapan besar untuk arwah ayah pulih kembali ..doktor turut menyatakan nafasnya juga makin pulih.. Dengan pengesahan doktor pakar yang bertugas. arwah ayah aku pun telah di tukarkan ke wad biase. selepas itu cadangnye ingin berpindah di hospital yang menawarkan khidmat yang lebih pakar. namun itu semua tinggalah cadangan...

Setelah lega mendengar berita yang membawa harapan itu aku pun pulang lah ke Kampus untuk mengejar semula matepelajaran dan banyak perkara yang tertinggal
3 hari kemudian aku jalankan kehidupan seharian aku di kampus , bukan rezeki aku ketika itu.. fon aku disilentkan dan terselit dalam beg. Selepas mederma darah dan pulang ke kolej...di cafe aku dikejutkan dengan 1 panggilan ke pejabat kolej...ketika itu hati aku x sedap dan terus aku mencapai fon aku dan sungguh terkejut...aku hampir x percaya, tapi itulah yang telah terjadi.

Terdapat lebih dri 70 miss call dari mak, abang dan banyak lagi no yang tak dikenali. dan aku pun membaca message mak yang pertama yang bertulis " abah dah tak de", dengan dalam kekeliruan aku pon kol mak aku, mak aku menjawab dan terus menangis dan cume berkata abah dah xde berulang2 kali...

dalam keadaan yg sgt keliru aku pun terus ke pejabat koleh.. dan org pejabat 'cik Noreen' bicang tentang care utk pulang dgn paling cepat. walaupon aku daapat taw lmbat namun sedare aku yang tinggal berhampiran dah pun sampai di kolej aku utk membawa aku pulang. Sempat salin pakaian kurung dan bertudung dan hanya sehelai pinggang...aku pon duduklah dalam kereta...

dalam kereta itu emosi aku telah berubah...aku berasa sangat sedih dan sayu..
disitu jugak aku diselubungi penyesalan. airmata x dapat dikawal spanjang perjalann.

tangisan aku telah melemahkan badan dan serakkan suare serta menyebabkan pening2 hampir demam. Jiwa rase terlerai dan sangat pedih..lagi2 bila aku sbagai anak tidak sempat untuk melihat ayah aku buat kali terakhir dan berada ketika arwah ayah dikebumikan.

apepun selepas mengharungi hari yang sentiasa diingati dalam hidup aku. esoknya semngat aku pulih sedikit setelah kawan2 dan saudare mare yang byk memberi semngat dan nasihat.

alhamdulillah.. aku meredhakan pemergian arwah. aku akan cube menjadi anak yang lebih berjasa.

Sekian dan alfatihah buat Abah

No comments: