Saturday, March 20, 2010

Lemah!!

Sesungguhnya aku seorang insan yang sangat lemah, seorang insan yang tidak mampu menahan segala bisa perit kehidupan. Jiwa dan mental aku masih mentah menerima segala dugaan dan ujian kerana aku bukanlah insan yang sempurna. Ada mungkin pancainderaku teguh sempurna dan cukup sifat namun secara dalaman aq seolah-olah telah dirobek-robek oleh pengalaman yang telah kulalui. Aku tidak mahu derita ini terpancar dari riak wajah atau segala gerak geri dan perilaku aku. Oleh itu, ku cuba menahan dengan sagala daya upaya untuk menutup semua sengsara untuk menampilkan diri aq seorang yang kuat. Walaubagaimanapun seorang manusia ada limitasi tidak kira betapa kental daya tahannya.


Berikan aku kekuatan untuk menghadapi realiti yang telah aku corakkan dengan sgala kesilapan yang telah aku alami. Penyesalan kini bukanlah sesuatu perlu dicari kerana semua sesalan berakhir dengan sia-sia. Namun Dalam keadaan dengan penuh penyesalan aku hanya mampu mara ke hadapan dan berikan tumpuan dalam membentuk kehidupan yg tidak menentu.

No comments: