*****************************************************************
Peperiksaan terbesar bagi seorang pelajar sekolah hampir tiba. Nak kate x sampai sebulan pon mmg gerun bile dipikirkan balik. Mmg ade 'nawaitu' utk belajar rajin2 dan dapatkan gred yang baik2 tp bile time nk laksanakannye tuh yang payah!!! Mungkin niat shaja x cukup kerana kesedaran untuk berjaya itu perlu dinilai semula dalam diri seseorang. So disini aq mula terasa bahang dan tekanan yang hampir membuatkan aq rase ingin putus asa. Lalu ku bertanye adakah ia berbaloi untuk dilepaskan kerana Peperiksaan ini sangat penting dalam meramal hala tuju kehidupan individu.
pendapat aq laah :
Keadaan semakin teruk bile aq hadir ke sekolah dengan penuh harapan tapi sebaliknya suasana di sekolah melemahkan semnagat aq. Ya memang aq ngaku aq seorang yg tidak bersungguh-sungguh dalam pembelajaran di sekolah tp aq memerlukan seorang guru yang memahamkan otak lembab aq nih. Dats why i tink school is a great place to study and learn new knowledge!! Hmm....cume bile sampai kat sekolah...macam2 pulak hal yang menyebabkan aq perlu keluar kelas. mase bila aq ade dalam kelas pulak cikgunyew x masuk. Kat sini bukanlah aq nk menyalahkan sesape tapi alangkah bagusnyew jika masa yang terluang di sekolah itu digunakan sepenuhnye. Fokus dan tumpuan diberikan sepenuhnye ketika itu sekurang-kurangnye konsep dan teknik dalam sesuatu subjek itu dapat difahami.
1 more thing, bile dalam kelas atau ketika belajar...seakan-akan tiada daya penarik untuk memberikan sepenuh tumpuan. Itulah alasan seperti 'x minat' muncul dan merosakkan lagi semangat untuk meningkatkan prestasi diri. Minat sebenarnye langsung tiada kaitan dengan berjayanya dalam peperiksaan. Minat itu hanya satu bonus bagi seseorang kerana ia dianggap pendorang bagi seseorang. Tiada minat bukanlah alasan untuk melupakan yang peperiksaan itu tetap akan berlangsung. Kehidupan itu tetap terus ke hadapan.
bukanlah nk melemahkan semnagat tapi aq ingin mengingatkan diri aq yang setiap orang mempunyai tahap iQ masing2. Kite mmg tidak mengetahui tahap kecermelangan kita..kita mmg tidak mengetahui kejayaan kita. Tidak semestinya orang yang mempunyai kelebihan dalam penyerapan pelajaran ini akan berjaya dalam kehidupan. Tidak semestinya orang yang lemah dari sudut penyerapan pelajaran ini tidak akan berjaya. Kejayaan itu sendiri perlu diukur dengan kemampuan masing-masing kerana makne Kejayaan itu berbeza bagi setiap orang. Oleh itu, usaha untuk menentukan kejayaan perlu berbaloi dan setanding dengan kemampuan diri.
ini jehlaa yg aq dapat memberikan pendapat!! sbb aq nih bkn nyew taw paper pon!!!
Pendapat aq nih bukanla ape sangat. sejak2 nk preksa ni mcm2 tekanan.

No comments:
Post a Comment